Jadilah prolifik.


Logo Gremlin Hijau DistroKid

DistroKid adalah cara paling mudah untuk pemuzik memasukkan muzik ke Spotify, Apple, Amazon, Tidal, TikTok, YouTube dan banyak lagi.

Muat naik tanpa had, simpan 100% pendapatan anda dan lebih banyak ciri-ciri daripada sebarang pengedar muzik lain.

E-mel sudah berdaftar (sila daftar masuk)
Adakah anda bermaksud:
Kata laluan itu tidak sepadan
Sila pilih kata laluan yang lebih panjang
Sila pilih kata laluan yang lebih panjang
Pratonton peranti perkhidmatan penstriman

Berjuta-juta pemuzik bergantung pada DistroKid.

Bayar sahaja $22.99 untuk memuat naik album & lagu tanpa had selama setahun dan masuk ke stor 10-20x lebih cepat daripada sebarang pengedar lain.

Letak muzik anda di semua tempat.

Kami akan masukkan muzik anda ke Spotify, Apple Music, TikTok, Pandora, Amazon, Instagram, YouTube, Tidal, iHeartRadio, Deezer, serta banyak stor & perkhidmatan penstriman lain.

Logo Perkhidmatan Penstriman Muzik

+ banyak lagi

Ciri-ciri yang anda takkan jumpa di tempat lain.

Ikon HyperFollow

HyperFollow

Laman web mudah, percuma untuk mempamerkan muzik, video, pautan media sosial anda dan banyak lagi.

Ikon Senarai Main Tumpuan

Senarai Main Tumpuan

Serahkan muzik anda untuk diundi ke dalam senarai main genre DistroKid.

Ikon Kad Promosi

Kad Promosi

Promosikan keluaran anda dengan visual menakjubkan yang memaparkan karya seni album anda.

Ikon Penjana Video Vizy

Penjana Video Vizy

Cipta video yang boleh dikongsi untuk muzik anda tanpa perlu mengupah pereka bentuk atau juruanimasi.

...dan banyak lagi!

Soalan Kerap Ditanya

DistroKid adalah perkhidmatan untuk pemuzik yang meletakkan muzik anda ke stor & perkhidmatan penstriman dalam talian. Kemudian apabila orang mendengar muzik anda, kami hantar duit kepada anda.


Semua muzik anda patut berada dalam stor. DistroKid adalah satu-satunya perkhidmatan yang membenarkan anda memuat naik muzik tanpa had ke stor untuk satu harga rendah dan menyimpan 100% pendapatan anda. Perkhidmatan lain buat anda membayar setiap kali anda memuat naik sesuatu, atau mereka ambil sebahagian daripada pendapatan, sesuatu yang kurang menyeronokkan (dan jauh lebih mahal).


DistroKid memasukkan muzik anda ke stor dalam masa yang lebih singkat berbanding pesaing kami. Kami mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik, statistik harian, antara muka ringkas serta banyak ciri-ciri unik.


DistroKid adalah untuk pemuzik, artis, kumpulan, DJ, penghibur, producer dan pencipta yang merakam muzik di rumah atau di dalam studio. Kami juga mempunyai perkhidmatan untuk label.


Hanya $22.99 untuk memuat naik lagu & album tanpa had selama setahun.


Tiada.


Yes! We created DistroVid to get your music videos into Apple Music, Vevo, Tidal, TikTok Music, and Boomplay. For only $8.25/month, you keep 100% of earnings. Cipta akaun percuma untuk menerima diskaun.


Testimoni dan Akhbar

Pengasas dua pesaing terbesar DistroKid tinggalkan syarikat mereka dan telah memberikan sokongan tanpa diminta kepada DistroKid. Kami rasa anda akan sukakannya juga.

"DistroKid sememangnya pengedar terbaik dalam pasaran."

- Jeff Price, pengasas TuneCore dan Audiam (sumber)


"DistroKid paling sesuai untuk pencipta tetap"

- Digital Music News


"Label rakaman bernilai sejuta dolar untuk $20 dengan DistroKid"

- Performer Magazine

Pujian DistroKid

Pemuzik Arizona Zervas

"DistroKid telah menjadi platform yang hebat untuk mengeluarkan muzik saya selama beberapa tahun ini!"

- Arizona Zervas

Majalah Billboard menulis bahawa Arizona ialah 'Artis Pertama Selepas Bertahun Lamanya untuk Mengungguli Spotify Tanpa Sokongan Label' apabila singlenya, 'Roxanne', mencapai Nombor 1 di carta Top 50 Amerika Syarikat Spotify.

Pemuzik Kei Henderson dan 21 Savage

"Saya suka DistroKid kerana ia sangat mesra pengguna dan tiada orang tengah."

- Kei Henderson, 21 Savage

Kei menguruskan artis DistroKid 21 Savage. Kei sebelum ini menguruskan Key!, yang kini telah menandatangani kontrak dengan konglomerat A$AP Rocky, AWGE. Sebelum itu, Kei menguruskan Siya, yang pernah dipaparkan dalam siri Oxygen TV, 'Sisterhood of Hip Hop.'

Pemuzik Megan Davies

"...ia pengedar digital dengan nilai terbaik di luar sana."

- Megan Davies

Megan ialah penyanyi dan pencipta lagu yang berpangkalan di Nashville. Pada musim panas 2013, Megan mula memuat naik nyanyian semula akustik dan mashup. Sejak itu, penggayaan kreatifnya telah mengumpul sebanyak 1.5 juta pelanggan YouTube dan lebih 2 juta pendengar sebulan di perkhidmatan penstriman utama. Megan telah bersama DistroKid sejak lagu keluaran pertamanya.

Musician Dan the Automator

"DistroKid mudah, cekap dan berkesan!"

- Dan the Automator

Dan 'The Automator' Nakamura ialah producer hip-hop berpangkalan di San Francisco yang hasil kerjanya dengan 'Kool' Keith Thornton dalam projek Dr. Octagon milik 'Kool' Keith Thornton telah memberikannya sanjungan tak disangka-sangka pada 1996. Dengan beberapa siri projek konseptual yang lebih rumit sejak itu, penerbitan Nakamura yang sangat imaginatif dan humor luar biasanya telah menjadikannya salah satu tokoh utama dalam kebangkitan underground rap alternatif pada lewat tahun 90-an. Dan ialah ahli Deltron 3030, Dr. Octagon, Handsome Boy Modeling School, Got a Girl, Lovage, Gorillaz dan banyak lagi.

Pemuzik Ari Herstand

"DistroKid, setakat ini, ialah cara paling mudah dan cepat untuk menyebarkan muzik kepada orang ramai."

- Ari Herstand

Ari Herstand telah memasuki carta Top 10 iTunes, membuat persembahan di rancangan Ellen dan telah mempunyai banyak lagu dipaparkan dalam filem, rancangan TV dan iklan. Dia ialah pengarang How To Make It in the New Music Business, penulis Digital Music News serta pencipta blog nasihat perniagaan muzik, Ari's Take.

Pemuzik Dweezil Zappa

"Ia mudah untuk digunakan dan mempunyai model perniagaan mengutamakan artis yang praktikal."

- Dweezil Zappa

Dweezil Zappa ialah pemain gitar rock dari Amerika. Dia merakam & membuat persembahan sebagai artis solo dan dengan pelbagai kumpulan termasuk Zappa Plays Zappa, sebuah kumpulan penghormatan kepada ayahnya, Frank Zappa. Dweezil telah membuat persembahan dan rakaman bersama Herbie Hancock, Stevie Ray Vaughan, Bonnie Raitt, Terry Bozzio, The Fat Boys, Nuno Bettencourt, Gary Cherone, Zakk Wylde dan banyak lagi.

Pemuzik Ludacris

"DistroKid adalah masa depan."

- Ludacris

Ludacris ialah salah seorang penyanyi rap paling laris sepanjang zaman. Dia telah memenangi Grammy, Screen Actors Guild, Critic's Choice dan anugerah MTV. Pada 2017, Ludacris memilih DistroKid untuk mengeluarkan singlenya, 'Vitamin D (feat. Ty Dolla $ign)'.

Pemuzik Rob Scallon

"Saya telah mengesyorkannya [DistroKid] dengan agresif kepada pemuzik lain sejak itu."

- Rob Scallon

Rob ialah pemain pelbagai alat muzik, artis rakaman dan producer. Rob mempunyai berjuta-juta tontonan dan hampir sejuta pelanggan dalam YouTube. Seperti yang ditulis Guitar World, Rob ialah 'Mat gitar Internet––dan mungkin paling menyerupai wira gitar yang sedang meningkat maju dalam apa saja zaman membingungkan yang kita sedang lalui ini.'

Pemuzik Buck Nasty

"Saya tak dapat fikir sebarang syarikat yang lebih baik. Saya rasa ini akan menjadi hubungan sepanjang hidup."

- Buck Nasty

Buck Nasty ialah producer jualan platinum "Hit The Quan' dan 'Lean & Dabb' oleh iHeartMemphis (kedua-duanya diedarkan oleh DistroKid), dan banyak lagi.

Pemuzik Emma Lee

"Saya suka saya boleh muat naik lagu tanpa had setiap tahun. Ciri kegemaran saya ialah pembahagian pemilikan master."

- Emma Lee

Emma-Lee ialah penyanyi dan pencipta lagu pop yang disanjung secara kritis dan pemenang anugerah dari Toronto, Ontario, Kanada. Lagu Emma-Lee telah digunakan dalam berdozen-dozen filem dan letakan televisyen. Single terbarunya, 'Worst Enemy', adalah lagu popular Billboard Top 20 di Kanada pada 2016.

Pemuzik Propagandhi

"Kami guna DistroKid untuk meletakkan muzik kami dengan cepat dan cekap ke pelbagai perkhidmatan pengedaran digital yang sentiasa berkembang."

- Propagandhi

Propagandhi ialah kumpulan punk terkenal yang telah merakam banyak rekod sepanjang kerjaya melebihi 25 tahun mereka.

Pemuzik John LaMacchia

"Dua perkara saya paling suka tentang DistroKid adalah keringkasannya dan harga berpatutannya."

- John LaMacchia

John bermain gitar untuk kumpulan hardcore/metal terkenal, Candiria. Dia turut bermain dengan Spylacopa dan menguruskan label rakaman bebas, Rising Pulse Records.

Pemuzik Zach Marsh

"Saya suka DistroKid kerana saya mengeluarkan sejumlah besar kandungan dalam talian dan DistroKid tak mempunyai had."

- Zach Marsh

Zach Marsh ialah komposer untuk TV dan filem yang pernah menggubah untuk 'Daredevil' dan 'Veggie Tales' dalam Netflix. Zach turut menjalankan saluran YouTube tutorial piano terkenal yang digelar PiaknowItAll.

Pemuzik Ryan 'Fluff' Bruce

"DistroKid bersama saya pada permulaannya dan telah membesar dengan saya sepanjang perjalanan! Jika DistroKid makanan, tentu ia bakon."

- Ryan 'Fluff' Bruce

Jurutera audio profesional, producer & pencipta lagu. Saluran YouTube berpengaruh Ryan, 'Riffs, Beards & Gear' mempunyai lebih daripada 385,000 pelanggan.

Pemuzik Todd Bryanton

"DistroKid adalah cara paling pantas, paling boleh dipercayai bagi saya untuk mengedarkan muzik saya."

- Todd Bryanton

Todd Bryanton ialah komposer filem dan TV, serta penggiat YouTube yang mengeluarkan muzik elektronik di bawah nama LilDeuceDeuce. Video muzik dalam saluran LilDeuceDeuce miliknya telah menerima lebih daripada 32 juta tontonan.

Pemuzik Christopher Tin

"DistroKid satu rahmat untuk keperluan pengedaran saat-saat akhir."

- Christopher Tin

Christopher Tin ialah komposer yang memenangi Grammy sebanyak dua kali dan komposer pertama yang pernah memenangi Grammy untuk muzik daripada permainan video.

Pemuzik Anthony Vincent

"DistroKid mudah digunakan, cekap dan mempunyai pusing balik yang sangat cepat. Saya betul-betul gembira."

- Anthony Vincent

Anthony Vincent mempunyai lebih 2 juta pelanggan dalam saluran YouTube miliknya, Ten Second Songs—tempat dia menerbitkan mashup lagu popular dalam pelbagai gaya artis muzik.

Pemuzik Sebastian Olzanski

"Saya menggunakan DistroKid untuk setiap lagu saya keluarkan. Ia laman web yang cepat & ringkas yang mengeluarkan sebarang lagu atau album ke seluruh dunia!"

- Sebastian Olzanski

Sebastian Olzanski ialah penyanyi & pencipta lagu berumur 17 tahun. Sebastian mempunyai kumpulan peminat melebihi 1 juta pengikut di seluruh media sosialnya.

Pemuzik Saher Galt

"Keluarkan muzik sebanyak yang saya mahu untuk satu bayaran rendah. Tiada halangan antara saya dan memperkenalkan muzik saya kepada dunia. Sempurna."

- Saher Galt

Saher Galt ialah penyanyi, komposer dan pengasas bersama Galt Aureus, duo rock bebas yang memenangi anugerah. Saher turut mencipta tutorial penerbitan muzik dan kelas nyanyian dalam saluran YouTube miliknya yang mencapai berjuta-juta penonton.

Pemuzik Joel 'Roomie' Berghult

"DistroKid telah meringkaskan dan terus-terang telah merevolusikan pengedaran digital."

- Joel 'Roomie' Berghult

Joel 'Roomie' Berghult ialah artis bebas dengan lebih 2.5 juta pengikut di seluruh platform media sosialnya setakat November 2016. Dia dikenali untuk fleksibiliti vokalnya dan kerap bekerjasama dalam pengeluaran muzik dengan Pewdiepie, personaliti media sosial yang paling diikuti di dunia.

Pemuzik Claire Wilkinson

"DistroKid adalah pengedar paling pantas, paling mudah yang wujud."

- Claire Wilkinson

Claire Rachel Wilkinson, dikenali sebagai Clairity, ialah penyanyi dan pencipta lagu berumur 19 tahun. Nyanyian semula lagu 'Don't Panic' Coldplay oleh Clairity telah dipaparkan dalam treler filem 20th Century Fox, 'X-MEN: Apocalypse'.

Pemuzik Glenn Fricker

"DistroKid hebat dalam menghilangkan kesukaran pengeluaran muzik saya dalam talian. Saya muat naik ke satu tempat & kutip pendapatan saya."

- Glenn Fricker

Glenn Fricker ialah jurutera, hos YouTube dan pemilik SpectreSoundStudios. Glenn mempunyai hampir 100 juta tontonan dan 435,000 pelanggan dalam YouTube. Dikenali sebagai 'lelaki paling marah di Kanada', Glenn terkenal kerana pendapatnya yang sangat jujur (walaupun pengeluar tertentu kecewa).

Pemuzik Ray Harmony

"Hari saya menemui DistroKid adalah salah satu hari paling menggembirakan dalam kerjaya muzik 20 tahun saya! Akhirnya, ada syarikat pengedaran yang memahami pemuzik."

- Ray Harmony

Ray Harmony telah mendedikasikan hidupnya kepada penggunaan kuasa muzik untuk mengilhamkan perubahan positif di dunia, usaha yang dia lakukan melalui Revolution Harmony. Dia seorang pensyarah muzik, komposer, penghibur, producer, wartawan dan pengarang yang memenangi anugerah. Ray turut membuat muzik dengan pemenang Grammy platinum berganda-ganda (Serj Tankian daripada System of a Down, Tom Morello daripada Rage Against the Machine dan banyak lagi) kemudian mendermakan semua hasil kutipan kepada pertubuhan amal.